- Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang mempunyai kepentingan kepada tubuh badan agar kita sentiasa kekal sihat.
- Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu membantu dalam tumbesaran badan.
- Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti memberi tenaga kepada badan kita.
- Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjaga kesihatan badan kita.
- Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju menjaga kesihatan badan kita.
- Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.
- Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.
- Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah sembelit.
- Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi.
- Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, kita perlu merancang makanan yang kita makan supaya seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
- Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan produk tenusu.
- Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula.
(C) Proses Pencernaan
- Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam badan.
- Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan, bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.
- Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.
- Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.
- Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.
- Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak diperlukan lagi.
- Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut.

No comments:
Post a Comment