Monday, March 30, 2020

Unit 5 Tumbuh-tumbuhan



Kenali Tumbuhan
  1. Kita boleh mengenali tumbuh-tumbuhan dengan memerhati ciri-ciri luaran tumbuhan.
  2. Contoh:
    1. Urat daun jejala (Pokok bunga balong ayam) dan Urat daun selari (Pokok akar banar).
    2. Berbunga (Pokok bunga ros) dan tidak berbunga (Pokok paku pakis).
    3. Batang berkayu (Pokok dokong) dan batang tidak berkayu (Pokok betik).
    4. Akar tunjang (Pokok bayam merah) dan akar serabut (Pokok bawang).
    5. Berbuah (Pokok durian) dan tidak berbuah (Pokok konifer).
  3. Tumbuhan hidup di habitatnya, sama ada:
    1. Hidup di darat: Pokok senduduk dan lumut.
    2. Hidup di air: Pokok selada air dan pokok Cabomba.
  4. Tumbuhan membiak melalui pelbagai cara, iaitu:
    1. Daun: Pokok setawar
    2. Anak pokok: Pokok nanas
    3. Biji Benih: Pokok labu
    4. Keratan Batang: Pokok ubi kayu
    5. Batang bawah tanah: Pokok halia
    6. Spora: Tumbuhan duit-duit

​B. Kebergantungan kepada Tumbuhan
  1. Tumbuhan sangat penting dalam kehidupan.
  2. Kepentingan Tumbuhan kepada manusia:
    1. Menyegarkan udara di sekeliling kita.
    2. Membantu menyejukkan Bumi.
    3. Menjadi sumber makanan kepada manusia.
    4. Sebagai bahan binaan dan kertas.
    5. Boleh menjadi pakaian.
    6. Boleh mengubat sesetengah penyakit seperti darah tinggi.
  3. Kepentingan tumbuhan kepada haiwan:
    1. Sebagai tempat perlindungan kepada haiwan.
    2. Sebagai sumber makanan kepada haiwan.


Unit 4 Haiwan



Kenali Haiwan
  1. Kita boleh mengenal pasti ciri-ciri haiwan berdasarkan litupan badan, anggota badan, cara membiak dan habitatnya.
  2. Contoh ciri litupan badan:
    1. Berbulu: Kucing
    2. Bersisik: Tenggiling
    3. Bercangkerang: Belangkas
    4. Berbulu pelepah: Enggang
  3. Contoh ciri anggota bahan:
    1. Bertanduk: Rusa
    2. Bersayap: Kelawar
    3. Berparuh: Angsa
    4. Berkaki: Cipan
    5. Berekor: Kuda
    6. Berkuku tajam: Harimau
  4. Contoh ciri cara membiak:
    1. Bertelur: Cicak, Penyu
    2. Melahirkan anak: Kambing, Gajah
  5. Contoh ciri habitat: 
    1. Di darat: Tupai
    2. Di air: Ikan
    3. Di darat dan air: Katak
  6. Kita boleh mengelas haiwan dengan menggunakan carta pengelasan. 

​B. Memang Makanan Aku
  1. Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja dinamakan herbivor.
    1. Contoh: Arnab, lembu dan kambing.
    2. Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip yang kuat untuk memotong makanan dan gigi geraham yang besar untuk mengisar makanan.
  2. Haiwan yang memakan haiwan lain dinamakan karnivor.
    1. Contoh: Harimau, buaya dan singa.
    2. Haiwan karnivor mempunyai gigi taring yang tajam untuk menyiat daging.
  3. Haiwan yang makan haiwan lain dan tumbuhan dinamakan omnivor.
    1. Contoh: Cimpanzi, monyet dan beruang hitam.
    2. Haiwan omnivor mempunyai gigi taring, gigi kacip dan gigi geraham.


Unit 3 Manusia (Kelas Makanan)

Kelas Makanan
  1. Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang mempunyai kepentingan kepada tubuh badan agar kita sentiasa kekal sihat.
    1. Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu membantu dalam tumbesaran badan.
    2. Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti memberi tenaga kepada badan kita.
    3. Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjaga kesihatan badan kita.
    4. Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju menjaga kesihatan badan kita.
    5. Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.
    6. Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.
    7. Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah sembelit.
  2. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi.
  3. Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, kita perlu merancang makanan yang kita makan supaya seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
    1. Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
    2. Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    3. Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan produk tenusu.
    4. Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula.
  

(C) Proses Pencernaan
  1. Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam badan.
  2. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan, bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.
  3. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.
  4. Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.
  5. Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.
  6. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak diperlukan lagi.
  7. Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut.

Unit 3 Manusia (Gigi)

A. Jenis dan Fungsi Gigi
  1. Kita mempunyai tiga jenis gigi, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.
  2. Fungsi gigi kacip adalah untuk memotong makanan.
  3. Fungsi gigi taring adalah untuk menyiat makanan.
  4. Fungsi gigi geraham adalah untuk memecah dan melumatkan makanan.

B. Patah Tumbuh Hilang Berganti
  1. Manusia mempunyai dua set kegigian, iaitu set gigi susu dan set gigi kekal.
  2. Set gigi susu
    1. Mula tumbuh ketika 6 -10 bulan
    2. Akan tanggal satu per satu mulai umur 6 tahun
    3. Bilangannya ialah 20 batang
    4. Saiz gigi kecil
    5. Gigi kurang kuat
    6. Mempunyai jangka hayat yang pendek.
  3. Set gigi kekal:
    1. Tumbuh menggantikan gigi susu.
    2. Bilangannya ialah 32 batang dan akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun.
    3. Saiz gigi lebih besar.
    4. Gigi lebih kuat.
    5. Mempunyai jangka hayat yang panjang.

C. Kenali Struktur Gigi
  1. Enamel ialah lapisan gigi yang paling luar. Ia sangat keras dan berwarna putih atau kekuningan.
  2. Lapisan di bawah enamel ialah Dentin. Dentin lebih lembut dan berwarna kekuningan.
  3. Lapisan pulpa terletak di bahagian tengah gigi dan mengandungi saraf dan saluran darah.
  4. Gigi dapat hidup kerana terdapat saluran darah yang membawa makanan kepada gigi.

D. Gigi sihat, Senyum Memikat
  1. Sisa makanan di dalam mulut akan menggalakkan pembiakan bakteria yang boleh merosakkan gigi.
  2. Kita perlu menjaga pemakanan dan kebersihan gigi.
  3. Cara menjaga kesihatan gigi melalui pemakanan:
    1. Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu dan hasil tenusu.
    2. Minum air yang mengandungi fluorida. Fluorida menguatkan gigi.
    3. Makan makanan yang memberi senaman kepada gigi dan rahang.
    4. Kurang makan makanan yang manis.
    5. Jangan menggigit makanan atau objek keras.
    6. Jangan merokok. Merokok menjadikan gigi hitam dan kotor.
  4. Cara menjaga kesihatan gigi melalui kebersihan:
    1. Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
    2. Gunakan ubat gigi berfluorida.
    3. Berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan.
    4. Menggunakan flos gigi untuk mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi.
    5. Berkumuh setiap kali selepas makan.