- Kita mempunyai tiga jenis gigi, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.
- Fungsi gigi kacip adalah untuk memotong makanan.
- Fungsi gigi taring adalah untuk menyiat makanan.
- Fungsi gigi geraham adalah untuk memecah dan melumatkan makanan.
B. Patah Tumbuh Hilang Berganti
- Manusia mempunyai dua set kegigian, iaitu set gigi susu dan set gigi kekal.
- Set gigi susu
- Mula tumbuh ketika 6 -10 bulan
- Akan tanggal satu per satu mulai umur 6 tahun
- Bilangannya ialah 20 batang
- Saiz gigi kecil
- Gigi kurang kuat
- Mempunyai jangka hayat yang pendek.
- Set gigi kekal:
- Tumbuh menggantikan gigi susu.
- Bilangannya ialah 32 batang dan akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun.
- Saiz gigi lebih besar.
- Gigi lebih kuat.
- Mempunyai jangka hayat yang panjang.
C. Kenali Struktur Gigi
- Enamel ialah lapisan gigi yang paling luar. Ia sangat keras dan berwarna putih atau kekuningan.
- Lapisan di bawah enamel ialah Dentin. Dentin lebih lembut dan berwarna kekuningan.
- Lapisan pulpa terletak di bahagian tengah gigi dan mengandungi saraf dan saluran darah.
- Gigi dapat hidup kerana terdapat saluran darah yang membawa makanan kepada gigi.
D. Gigi sihat, Senyum Memikat
- Sisa makanan di dalam mulut akan menggalakkan pembiakan bakteria yang boleh merosakkan gigi.
- Kita perlu menjaga pemakanan dan kebersihan gigi.
- Cara menjaga kesihatan gigi melalui pemakanan:
- Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu dan hasil tenusu.
- Minum air yang mengandungi fluorida. Fluorida menguatkan gigi.
- Makan makanan yang memberi senaman kepada gigi dan rahang.
- Kurang makan makanan yang manis.
- Jangan menggigit makanan atau objek keras.
- Jangan merokok. Merokok menjadikan gigi hitam dan kotor.
- Cara menjaga kesihatan gigi melalui kebersihan:
- Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Gunakan ubat gigi berfluorida.
- Berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan.
- Menggunakan flos gigi untuk mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi.
- Berkumuh setiap kali selepas makan.

No comments:
Post a Comment